Monday, September 26, 2011

Kehilangan

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
*
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Back to *, Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)

Thursday, September 8, 2011

menanti cinta...

hello...hello...
apa khabar orang kampung???? sedar tak sedar hari nie da masuk 9 Syawal...da ganti puasa??da habis puasa 6??alhamdulillah...masih lum terlewat kot nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yg telah berpuasa di bulan Ramadhan....
oh yaaa!!! kembali pada tajuk di atas, "menanti cinta" alhamdulillah,aku kini lebih tenang, hati yang luka sembuh kembali... menjalani hidup dengan tabah dan berhati-hati agar tidak lagi disakiti.. once you've fallen in lurve,it is hard to forget it..
sesungguhnya cinta sejati itu sukar dicari..aku akan menanti dan menanti "Mr Right" yang telah Allah  ciptakan untuk aku di Luth Mahfuz lagi...aku cuma berdoa supaya pertemuan kami berdua adalah pada jalannya dan pada masa yang lebih awal..
aku bukanlah nk menjaja cerita tentang diri aku..kalau korang nk baca,baca jer lah..cuma blog nie sekadar untuk aku melepaskan segala terbuku di hati..
Odiozzzzzzzzz!!!!!!
see you yahhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, September 4, 2011

hati ini

Ya Allah Ya Tuhan....hanya Kau sahaja yang mengerti perasaan aku di kala ini...
melihat dirinya membuatkan hati aku luka.. apatah lagi melihat dia tersenyum di hari perkahwinannya..
aku pasrah, aku redha, aku terima... tapi lumrah seorang wanita,hati ini terguris..hanya Kau Maha Mengetahui.
aku cuba sabar... mendidik hatiku supaya tabah menghadapi dugaanMu.. aku tahu,setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. aku tahu aku akan dapat lelaki yang lebih baik dari dirinya...mungkin aku memerlukan masa untuk melupakan apa yang sudah berlaku antara kami.. melupakan janji-janji yang hanya di bibir.
teguhkanlah hatiku Ya Allah supaya sentiasa berada di jalanMu..InsyaAllah..=]

Monday, July 25, 2011

AAK(ada aku kesahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh)

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...geramnya,lelaki sumer samerrr...Ahmad Khusairi nk kawen....gosip atau betul??? benci......janji nk tunggu....tapi aku gak yg x layan dia sbb aku xder hati kat diaaa.. skang,bila nak kawen,terhegeh-hegeh lak... kenapa aku harus rasa begitu????????????? mungkin sebab dia pernah cakap akan tunggu aku sampai hati aku betul3 untuk dia...terimalah kenyataan nasuha bahawa kamu itu  bukan jodoh dia...
ok!!!!!! aku terima dengan redha...tp kalau aku jumpa dia,siaplah...aku ketuk gakkk dia nanti..senang jer buat janji ngan orang...pergi mati lahhh....

Monday, June 13, 2011

sejujurnya aku..

aku, moto & bendang

BHN 189
helo..helo..helo..assalamualaikum...
bersama saya W.R Nor Nasuha bersama tajuk aku, moto, dan bendang.
actually moto nie bukan aku yang punya pun..ia dimiliki oleh Muhammad Azwan iaitu adik abang ipar aku..Azwan atau nama glemernyerr mamat sekarang nie kerja kat Rawang..atas ihsan budi baiknya dia memberikan aku meggunakan moto kesayangannya..timakaseh banyak-banyak mamat..huhuhu
OOpppss!!!lupa lak tajuk post malam nie...pasal moto and bendang..apa kaitannya ekkk??
sila baca seterusnya;


1) kalau nak p bendang syoklah kalau naik moto..menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa..chewwahh!!kalau jalan-jalan kat bendang nek kete x beshhh rr..tak caya??try lah korunk wat..
sweet tak gambar nie????
2) kalau bergambar kat bendang lawa beb...tangkap gambar moto dan bendang..gambar hijau kuning sawah padi..pergghhhh..ini akan mebuat aku rindu bila da balik klate nanti..
.3) aku meluahkan perasaan aku kat moto di bendang...at least ada gak yang mendengar bebelan mak nenek aku nie...hahhahahaha
P lagi kot....lambatnyerr nak tunggu 2 tahun..
gambar tangkap sendiri..bajet betoii..
4)lastly, aku memang suka tengok bendang, berangan, fikir masalah dan luah perasaan...
hahahhahahhahahhahahahahha!!!! jangan marah lahh derrrr..aku tak taw nak citer aperr sebenarnya...saja dah lama tak tulis entri kat blo nie...tangan dah gatal-gatal nak menaip..hohohohooh..see yeahhhh!!!

Thursday, June 9, 2011

moto oh moto

alkisah pada suatu hari..ak baru balik kjer..memang syok rrr..sebab nk merempit..hahahhaha
punyalah aku merempit tub..tub..moto semput..ishhhh..kacau jer la...ak berhenti tgk aperr masalah..adooihhhh!!!!aku lupaaa...pagi td lupa nk isi minyak moto..patutlah semput...bila start balik dah tak boleh..hahahhahahaha~~~memang pucat jugak muka aku jawabnyerr....aku mati akal memikirkan bagaimana jalan nak dapat minyak moto..aku terus meng sms dila supaya aku boleh call budin. budin dan dila merupakan adik abang ipar aku..aku berharap sangat supaya budin belum balik rumah lagi..alhamdulillah..dia masih bekerja. sementara menunggu budin sampai,aku merapatkan moto ke tepi rumah..seorang makcik melintas jalan bertanya masalah aku dan tanpa aku balas dia mengagak aku kehabisan minyak moto...lantas dipelawa aku masuk di dalam rumahnya..aku begitu segan dan teragak-agak untuk menerima pelawaan kerna susah pula budin mengesan aku kat mana..nak plak aku nie tak fasih sangat jalan kat jitra...aku membiarkan moto di luar sahaja..belum sempat aku masuk ke halaman rumahnya,seorang pakcik membawa minyak moto..alhamdulillah Ya Allah...syulur sangat..dia terus menuang minyak sampai habis walaupun aku menegah beliau berbuat demikian..maklumlah..minyaknya bukan lah banyak sangat..paling mengharukan apabila dia menyatakan dia baru sahaja membeli minyak moto berkenaan..sesudah dia mengisi,aku mengucapkan berbanyak terima kasih pada mereka..hanya Allah sahaja yang dapat  membalas budi pakcik dan makcik itu..setelah menelefon budin bahawa aku sudah selamat dan settle masalah minyak,aku pulang ke rumah..teragak-agak nk memberi duit minyak tu tapi tak berkesempatan..insyaAllah pakcik, makcik..suha akan sampai dirumah bagi mengucapkan terima kasih yang tak terhingga..sesungguhnya Allah itu sentiasa di sisi hambanya yang meminta pertolongan dariNya..itu bukan suatu kebetulan bila pakcik tersebut baru membeli minyak..tapi itu adalah suatu ketentuanNya..Alhamdulillah..=)

Thursday, June 2, 2011

praktikum..=)

hahahah~~ da lama tak menjenguk blog nie..rindunyer..maklum lah kt umh tak sempat nk online..
hari nie masuk hari kedua aku bekerja. tapi yang paling beshhhh hari nie balik awal..jam 3.30 petang..hahhaa
jangan jelezzz yerr..pengalaman first day yg aku xboleh lupa bila nak pergi kjer tak pakai helmet.. ingat kat kampung kerr..pastu tak boleh blahh bila jalan terus jerr pergi Hutan Kampung tak belok ke Alor Star..maklumlah excited jadi minah rempit..hohohooho.. terpaksalah patah balik belok ke A.Star. hari pertama sangat bosan sebab tak banyak sangat kjer..membuat salinan photostat, menyusun fail persaraan dan belajar sedikit tentang tuntutan rawatan. OOpppppssss!!! lupa plak.. aku berpraktikum di Wisma Darulaman. Bahagian Sumber Manusia Unit Kemudahan Perkhidmatan.. aku sangat lucky sebab mempunyai rakan sejawat yg baik..ramah..suka bagi tunjuk ajar..Kak Kiah,Kak Win, Kak Syah, A.Mizi dan ramai lagi..
bos??bos pun baik..okey..alhamdulillah..=)
oohh yerr...mesti korang pelik kan??ak kan kos ekonomi tapi dok bahagian HR..aku sebenarnya di beri dua pilihan untuk masuk dept mana..Unit Perancang Ekonomi(UPIN) atau Bahagian Sumber Manusia(BSM).
aku pilih BSM sebab mahukan kelainan kerna nanti da kerja ak bukannya akan masuk dalam bidamg ekonomi memandangkan peluang pekerjaan sekarang nie terhad.ofis baru???

huhuhu..inilah ofis baru aku...serabai kan..actually yang barang aku laptop, beg tu dan bekas pensel pastu jam tue...klu tak mesti kosong jer meja tu..ofis nie baru jer di renovate..to Wan Nor Nasuha selamat bertugas dengan sabar,tekun dan berdedikasi. =)

Saturday, April 30, 2011

di manakah nilai cintamu???

dia adalah Ahmad Khusairi. perbezaan umur antara kami memang jauh. insan ini pernah menjadi cowokku yang pertama.
perkenalan kami hanya singkat..3 bulan bekerja dengan keluarga nya menyebabkan aku menjadi sayang padanya. dia sangat lain dari keluarganya. sangat berbeza. mungkin sikapnya yang
sangat caring terhadapku aku sayang padanyaberbanding family nya yg lain. perasaan ini tidak dapat ku tahan menyebabkan aku mangambil no. fon nya secara diam-diam beberapa hari sebelum keputusan exam spm keluar...dia menyuarakan niatnya untuk menjadi pacarku. aku menerima dirinya. ahhhhhh..pada waktu itu aku tidak tahu erti cinta..anggapan ku,mungkin perasaan sayang ini adalah sama makna dengan cinta. ternyata aku salah. hubungan kami cuma bertahan selama sebulan sahaja. mungkin datangnya hidayah dariNya mengatakan berpacaran itu salah di sisi agama. Alhamdulillah.. mungkin sepanjang hubungan itu kami banyak dosa yang kami buat..Astahgfirullahalazim..selepas itu,kami masih lagi berkawan..namun agak jarang dia menghubungiku.. aku memutuskan hubungan aku sebagai kawan setelah berlaku salah faham antara kami.. aku dituduh sebagai "mengambil kesempatan ke atas nya".semenjak itu aku memang tidak menghubungi nya.. sehinggalah setahun dari kejadian salah faham itu aku menemui dirinya semasa majlis perkahwinan adiknya. di waktu itu aku dicopkan sebagai budak yg sombong olehnya. aggrrhhhhhh!!! aku berkawan kembali dengannya walaupun perit,mungkin saki baki sayang yang menyebabkan aku menerima dia kembali sebagai kawan..namun,hubungan kami tidak lah akrab..aku cuma meng sms dirinya jarang-jarang.. majlis perkahwinan adik perempuannya menyebabkan aku sedikit terkilan. dia digosipkan sudah bertunang..Ya Allah, dalam hatiku hanya Kau sahaja yang tahu betapa hancurnya hati ini walaupun aku masih bisa tersenyum.. apabila aku bertanya,dirinya sangat menolak dakwaan aku bahawa dia sudah bertunang..mengapa??susah sangat kah mahu mengaku???kamu mengatakan kamu tidak suka wanita itu kerna bekas tunang orang... Aggggrrrhhh... adakah itu alasan yang kukuh..aku masih berkawan dengannya. dirinya itu selalu menasihat aku supaya belajar bersungguh-sungguh.. masih dapat ku bilang dengan jari berapa kali kamu menghubungiku. beberapa hari yang lepas, aku terbaca seseorang post di wall nya.."sunyi".ayat itu mencetus seribu pertanyaan dan sedikit cemburu di hati ini..siapakah wanita itu??lantas aku mengomen "call jer la".dia membalas.."siapa yang call saper"..aku membalas,ZK jer la yang call..lantas dia pula yang mennyuruhku call Ahmad Khusairi. aku benci wanita itu..mana tidaknya,komennya di padam...memang sengaja buat aku naik angin..aku pun tidak tahu mengapa..dia meng add aku dalam friend listnya..aku approve even hatiku membara marahnya terhadap wanita itu..nama wanita itu,Ziela Khuzaila..baru aku perasan,nama mereka seakan sama..aku lantas meng sms dirinya bertanyakan siapakah gerangan ZK itu..adakah m,wenyer???dia menafikan dan menyatakan ZK telah berkahwin dan punyai anak...anak???apa bangangnya aku pergi serang orang tanpa siasat..yang peliknya,mana suami ZK ini??Ahmad Khusairi menyatakan dia tidak tahu di mana suami ZK namun yang aku geram,ZK meluahkan perasaan sayang dia pada dirinya..ishhhh..nk kena lah perempuan nie....baru jer berlaku...tidak sedarkah wanita ini??tidak malukah dia??sudak punya anak..ber sms dengan Ahmad Khusairi hampir satu malam melegakan perasaan aku..hati aku berbunga-bunga. dia seperti masih menaruh harapan dengan aku. katanya dia sangat kecewa bercinta dan tidak mahu bercinta lagi selepas aku. bukannya kecewa dengan aku,tetapi orang sebelum aku. aggrrhh..lega hati ini.mungkin hati ini ada secebis saki baki sayang menyebabkan aku berfikir,alangkah bertuahnya mendapat dia..bila aku cakap "manalah tahu tub3kita nie berjodoh"..dia mengiyakan sahaja.."bersyukur la klu dapat suha"..bahagianya aku...Ya Allah Ya Tuhanku,andai dirinya ini jodohku,walau siapa pun jodohku..tetapkanlah hatinya Ya Allah..teguhkan imannya Ya Allah...jadikanlah dirinya seorang yang dapat membimbing aku pada jalanMu Ya Allah...suami yang dapat membawa keluarganya ke syurga..jauhkan kami dari zina hati,mata,mulut apatah lagi zina badan..semoga cinta kami selepas kahwin akan mendapat rahmat barokkah dariMu Ya Allah..Amin Ya Rabb..Amin..=)

Monday, April 25, 2011

kuburkan cintaku padamu...

cinta itu datang dengan sendirinya tanpa dipaksa...aku tidak pernah memaksa hati ini untuk menyayangi dia.. ia berlaku secara tiba-tiba..terlalu lama aku memendam rasa..apabila aku berpeluang, aku dan kamu seolah-olah tidak ada keserasian antara kita. aku mengalah..mungkin aku tidak pernah meluahkan perasaan aku tapi aku punya usaha. sedang kamu sepeti tidak ada hati dan perasaan. aku benci kamu. setelah penat bermain dengan hati, aku nekad...aku nekad tidak akan dekat lagi denganmu. walau apa berlaku, walau kamu adalah lelaki terakhir aku tidak akan memilih kamu!!aku kuburkan rasa sayang ini sampai mati. walau perit. aku benci kamu!!!!

Saturday, April 23, 2011

aku dan kamu

aku pun tidak pasti sangat apa perasaan kamu kepada aku.. biarlah masa menentukan kerna aku sudah tidak sanggup lagi mengejar bayang-bayang kamu. responmu??benci pun tidak,suka pun tidak..aku penat bermain dengan perasaan aku sendiri.aku capek..lemas mengejar sesuatu yg tidak pasti.. mungkin lirik lagu  "berenti berharap" adalah cocok sekali buat ku pada detik ini...buat insan yg pernah bertakhta di hati ini, aku sebetulnya tidak tahu bagaimana lagi menunjukkan rasa sayang ku padamu kerna sayang aku ada batasnya.. kamu bukannya hak milikku. kamu bukanlah suami aku. belum tentu kamu itu jodohku. sudahlah,aku sudah penat bermain dengan hati ini. biar masa dan takdir menentukan..aku penat..

Monday, April 18, 2011

aku, kamu dan dia

second things yang dapat buat aku happy giler ari nie ialah p jog ngan kamu..mulanya aku tidak mahu berchatting dengan kamu kerna geram kamu selalu macam tidak ada perasaan jer nk chat..lalu aku memberanikan diri untuk memulakan chat. aku mengajakmu jog dan kamu mengiakan sahaja. memang tidak tergambar gembiranya perasaan aku..menunggu untuk bertemu mu. tidak sabar..aku sendiri tidak menyangka yang kamu dan aku memakai baju yang sama..ada kimia kot..hahhaa..
bila nk jog kamu ada di sebelah aku even xla rapat..mungkin aku berasa sangat selamat..habis juga larian 2.4 even pinggangku rasa macam nk patah. aku mendapat semangat dari senyum mu..terima kasih kamu..sesudah jog,dia datang mengejutkan aku dan kamu..katanya kamu meninggalkan dia. aku cuma mengiakan sahaja bila kamu sudah menuggu dia. ahhh...kacau jer la dia ni..hahahha
aku menunggu kamu dan dia jog kat trek. aku sebenarnya tidak faham apa perasaan dia terhadap aku.td siang sewaktu aku menanyakan dia tentang siapa yang dia suka sebelum ini..dia menceritakan bahawa dia suka giler kt budak sabah. mungkin aku sendiri tidak kenal,namun ditinggalkan. aku bertanya,siapa lagi yang dia suka..jawapannya ditanyakan aku balik.adakah aku main-main??aku sendiri tidak faham kenapa dia bertanya begitu..tidak sempat aku meminta maaf kepada dia andai aku ini pernah menjadi insan yang pernah dia suka.aku juga mahu dia tahu bahawa aku tidak suka sikap dia berlagak tergila-gilakan aku. aku muak dan tidak suka. sewaktu aku,kamu dan dia pulang td,kami terserempak dengan gurl yg selalu dikaitkan dgn kamu. aku sendiri tidak pasti apa kamu dan gurl itu masih berkawan??mengapa kamu enggan meneman dia ke muamalat??aku agak ego di situ. cuma menyapa gurl itu tetapi tidak menawarkan untuk menemani..aku juga keras mengajakmu pulang apabila dia beria-ria menyuruhmu temani gurl itu. aku minta maaf..walaupun aku,kamu, dia dan gurl itu satu skuad,aku tetap dengan egoku..kejamkah aku??zalimkah membiarkan gurl itu seorang ke muamalat. setibanya di perwaja,aku menyuarakan keinginanku untuk makan pelam. dia beria-ria setuju untuk mengait buah pelam hanya untuk aku. aku berdalih tidak mahu sedankan hati aku ingin kamu yg mengait, memanjat atau apapun cara supaya aku bisa dapat buah pauh yg kuidamkan. kamu tidak bersuara. tapi mengikut aku dan dia mengait. aku gembira, senang hati..aku suka..tapi apakah kamu merasa tersisih kerana kita adalah kawan .kamu menjaga hati dia. apakah itu yang berlaku??kamu naik ke bilik tanpa cuba mengait pelam untuk aku.. dan  aku, sangat pentingkan diri.entah kenapa aku dapat rasakan kamu menyayangi aku dari sinar matamu..tetapi, kamu terpaksa simpan perasaan kamu demi persahabatan kamu dan dia..aku tewas..aku tewas apabila aku fikir aku dapat bersama kamu walhal masih ada dinding pemisah antara aku dan kamu..

Sunday, April 17, 2011

derma OOOooo derma

hari ini 18 April 2011 menjadi sejarah buat aku. pertama kali aku menderma darah. memang excited. lastly kepekatan darah aku mencapai 13.0..happy giler bila dapat tahu aku boleh derma.. even aku 'peod' but aku still berdegil dan tipu cket-cket supaya aku leh derma..No. siri darah 42098434 sebanyak 450 liter..excited campai akak nurse terpaksa mencari alternatif untuk darahku mengalir. excited main ngan stick roll tu sampai akak nurse tegur supaya jgn laju sangat main ngan roll tu..hahhahha
bila da abes,x sabar lak aku nk balik..alhamdulillah td ok jer..xder rasa pening atau lemah..balik drive moto ag..da sampai bilik  nie baru rasa pening..ngantuk..hahahhaha
yeahhhh da dapat sijil derma...hoorreeyy!!!! aku harap next time aku dapat derma lagi...=)
adioosss!!!!!

Saturday, April 16, 2011

aku, mereka dan KEDA

hi..hi..
me & them
to my dearest page...hepi giler dapat p field trip kt KEDA Sik, Kedah..macam-macam kami lawat mostly yang berkait dgn subjek..mula-mula p ladang aggur. pastu p Ladang Kopi & Herba.pastu p Nani's Food..Lastly p Jab. Perhutanan...excited betul ak nk masuk dalam hutan nk tgk jenis kayu-kayu yg kualiti & benilai..such as meranti,cengal..dan banyak pula jenis nya..trip ini mengajar aku tentang pekerjaan aku di masa hadapan..not as economic developer sahaja.yg penting trip ni dapat mempelbagaikan dan menambahkan kawan..hehehhe
with Prof J.J
memang enjoy giler even hujan time explanation tentang kayu-kayan makin excited bila kami kena masuk hutan dan ada yang digigit pacat.. ada yang menjerit kegelian atau sebab takut.. dan aku,pacat xsuka darah aku kot sbb banyak kolestrol...  ~~hahhaha~~ kami terpaksa membatalkan perjalanan ke dalam hutan apabila hujan agak lebat. maybe next time aku akan ke sana lagi mungkin utk jungle tracking..mungkin time tu aku da kerja kot..hahhaha

Saturday, February 26, 2011

duhai hati

aku sebenarnya tidak tahu apa yang mahu ditulis dalam post ini.. namun yang pasti, hatiku diluka lagi..hatiku merintih..tetapi air mata tidak dapat menjadi saksi atas luka ku ini..terlalu sakit..aku tidak mampu menangis.. apakah aku ini sudah jatuh cinta?? tidak pernah aku rasakan perasaan sebegini rupa sebelum ini.. mungkin sebelum ini aku menyukai lelaki kerana rupa.. asal ada pakej jer sudah cukup.. ini belainan sekali dengan si dia.. aku akui, kali pertama dan terakhir aku menyukai sedemikian pada insan yang bernama Ahmad Aliff Asri.. tapi itu cinta monyet.. cinta yang mungkin sekadar permainan sahaja.. dan aku tidak mungkin akan bertemu lagi dengan cinta itu.. kerna dia terlebih dahulu melupakan cinta tersebut.. hatiku hancur apabila mendapat tahu dia membuat masalah di sekolah teknikal selepas form 3. patah hatiku.. back to the title, cinta yang aku rasai sekarang sangat pelik.. setelah aku mengenalinya 2 tahun lebih, tahun lepas, aku dan dia mula rapat. kami selalu bersukan bersama-sama.. pada masa itu aku cuma menganggapnya sebagai kawan sahaja.. kerna aku memang suka giler kt orang lain.. hari demi hari berlalu, hubungan kami seperti selalu.. seorang kawan.. aku pun tidak pasti apa perasaannya terhadapku.. kerna waktu itu aku buta menilai cintanya.. masih aku ingat hari raya tahun lepas, aku menghantar mesej raya padanya.. aku pun tidak tahu bagaimana isu m.we dan p.we boleh timbul.. yamg pasti aku menyatakan yang aku tidak mahu komitmen dlm percintaan.. dan dia juga menyatakan pandangan yang sama kenapa dia tidak mempunyai pacar.. namun, selepas itu, aku menerima gosip yang dia selalu keluar dengan seseorang.. seseorang yang aku sendiri kenal.. kerna dia juga sahabatku..satu skuad aku dan dia.. dan gurl itu aku sudah tahu bagaimana perangainya.. dia tidak boleh hidup tanpa lelaki yang dekat dengannya..selalu ada masalah dgn cowoknya..dan bila cowoknya itu sudah habis belajar,mungkin dia tidak lagi menyukai orang itu dan mencari yang lain.. dan mangsa seterusnya adalah lelaki itu.. lelaki yang telah buat aku tahu "aku wanita normal"..wanita yang normal seperti orang lain..kalau lah aku nie jahat,busuk hati..da lama aku gtaw budak laki nie yg gurl nie mcmn....atau mungkin dia da tahu mcmn perangai gurl nie..
sedar tak sedar gurl nie break ngan cowok dia time cowok tu datang cni anta report praktikum...bukannya aku xkenal cowok tu..aku da lama kenal..dia sayang gila kt gurl nie..aper lagi..makin rapat la dia ngan gurl nie lepas putus ngan cowoknya itu....pastu deyorang kapel kot..even sembunyikan hal tersebut dr ktaowg,skuadnya..tapi ktaowg tahu ler..time b4 annual camp ai tu aku ada jumpa skuad kami..aku tanya dia yang budak laki tu siyes ker ngan gurl nie...pastu jawapan dia memang aku sendiri tak sangka dia ckp budak laki tu suka kt aku...arrggghh....apa aku nk jawab nie...aku dengan cover nyer cuba mengelak dari menjawab kenyataan tersebut..."sengal"..itu la respon ku.. bila time annual camp tiba,gurl nie asyik berkepit jer ngan budak laki nie...issshhhh..menyampah...even pada luaran aku cuba buat-buat normal, namun dalam nya aku geram..aku menyampah..aku menyumpah...bukankah dia xnak kapel..xnk terlibat ngan ngan gejala tu...tak nak komitmen dengan cinta...arrggghhh...sakit hati jer...lelaki takkan nak menolak wanita yang merayu, yang terkulai layu depannya...dia pakai main ngapp jer la...xkan nk buang peluang yang ada depan mata...lepas annual camp,lepas tragedi misunderstanding aku kembali ke uum untuk men "settle" kan benda yang terbelangkai sebelum berangkat ke penang dan n.sembilan...dalam perjalanan pulang ke kelantan, dari nilai hatiku,mindaku membuak-buak marah pada lelaki tersebut..ingin sahaja aku menumbuk mukanya..geram...sampai hati dia buat aku begitu..aku benci dia..aku benci....teringin sahaja aku tumbuk orang di sebelah seat ku...issshhhh...lantas aku sms tengku..aku ingin menangis di bahunya...aku tahu itu tidak mungkin terjadi..itu salah di sisi agama..tapi itu sahaja dapat melegakan hatiku yg membuak-buak geramnyer..tengku juga tahu bahawa aku mempunyai masalah..masakan tidak sehingga aku menyatakan aku ingin menangis di bahu nya..dia membalas "suha okey??"dia menyuruhku tidur dan jangan fikir lagi masalah itu walaupun dia sendiri tidak tahu apakah sebenarnya terjadi kepadaku...sehinggakan dia bertanya "nak tengku call ker" apabila mesejku lambat sampai dlm inbox nyer..mungkin masalah line. aku bukan sengaja mahu bertenggek di bahu tengku walaupun it just an imagination..sudah ku mesej pd sahabat baikku yg lain yang tidak mengenali lelaki itu..supaya aku bisa meluahkan segalanya terbuku di hati...yang pasti kalau aku memberitahu lulu chan dia pasti pelik dan aneh...sejak bila aku boleh jatuh hati skuad kami sendiri...berbalik pada tengku..tengku sudah ku cop sebagai mr.solution ku..doktor aku..my best fwens... even aku tak sihat pun dia sering menasihati aku..banyak minum air...makan ubat..kalau aku nervous nk p wat lesen pun dia selalu nasihat..jgn takut la..macam3...seriously he is one of my best fwens ever..even he never tell about his problems..tengku betul..aku tertidur dan namun apabila aku terjaga aku masih sedih dan teringat hal tersebut..masuk sem baru, aku berazam tidak mahu berjumpa dengan lelaki tersebut..melainkan hal-hal taraining..aku tahu, bila kami bersua aku jadi pendiam,tak aktif..aku tidak pasti apakah dia sedar namun aku yakin dia juga perasan dengan sikap ku...Iya!!!aku cuba menjauhkan diri..full stop. aku mendapat tahu yang dia dan gurl tu sudah berjanji untuk tidak lagi menghubungi nyer.. dalam hati aku sangat puas hati...yes..akhirnya...aku akan cuba masuk line..namun, setelah training bermula janji tinggal janji.. mereka masih menghubungi each other..aku benci..dan bermula dari itu,aku cuba menghindar..cuba melupakan perasaan aku...aku bersyukur..aku masih wanita normal kerana sudah jatuh hati..Yes!! namun,aku cuba melupakan cinta tersebut..aku tahu walau aku menyukai lelaki lain, aku pasti akan menolak kerna aku tidak mencintainya..cinta oohhh cinta..Ya Allah,jauhkan lah perasaan aku padanya jika dia bukan jodoh ku.. andai dia itu jodohku,tautkan lah hati kami dan tingkatkan lah iman kami..jagalah diri kami..janganlah benarkan hati kami mencintai lebih daripada mencintaiMu...biarkan dasar alQuran & as-sunnah menerangi hidup kami...=)

Tuesday, February 15, 2011

rindunyer....

aku teringin benar untuk pulang ke kampung setelah sekian lama.. rindu benar aku pada masakan ma..huhu~~
yummy..yummy...mee rebus yang paling 
syok giler aku pena makan...sampai menangis-nangis..
ada berani????
yummy..yummy..orang kata masakan ibu adalah paling enak, best di alam semesta ini.. mungkin seorang ibu itu memasak dengan penuh rasa kasih dan sayang kot.. padahal masakannya biasa-biasa sajer.. air tangan itu membawa seorang anak pulang ke kampung.. mungkin kerna rindu benar masakan ibunya.. berselera benar si anak menjamu.. pada ketika itu, tiada perasaan yang sangat bahagia selain melihat si anak menghabiskan makanan sehingga menjilat jari.. biarlah dia tidak makan, sudah cukup melihat si anak yang penuh berselera membuatkan si ibu ini kenyang..kasih ibu membawa ke syurga.. apakah si anak ini sanggup meninggalkan ibunya untuk meneruskan impiannya?? sanggupkah?meningalkan si ibu yg bersendirian di kampung?? sedangkan di waktu kecil, dia tidak begitu tega melihat kita keseorangan.. dibawanya kita ke situ, ke sini..menggendong anak kecil yang masih tidak tahu erti hidup yg sebenar.. sedang kita tergamak meninggalkannya.. kenapa tidak kita membuat pengorbanan dengan pulang kerja di kampung. tinggal bersama ibu dann ayah. susahkah?? apakah di kampung itu tidak ada kemudahan?? kalau bukan kita anak muda yang menjadi tonggak memajukan kampung halaman sendiri. siapa??

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul...

indahnya akhlakmu Ya Rasulullah...
asslamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. salam maulidurrasul buat semua...alhamdulillah aku masih bernafas di saat ini..masih merasai suasana ini... tapi aku tertanya-tanya pada diri di manakah perasaan cinta dan kasih pada Rasulullah S.A.W.. teringin benar aku menemuinya..melihat wajahnya..seraut wajah yang penuh dengan cahaya... memandang wajahnya tanpa jemu...rindu benar aku pada wajahnya itu..Ya Allah..temukan aku pada penghuni syurga yang setia..jadikanlah aku sebahagian dalam kehidupannya di syurga nanti..memadailah kalau dapat melihat wajahnya sekelip mata sahaja.. wajah yang penuh pengorbanan..wajah yang penuh kasih dan sayang.. temukanlah aku dengan kekasihMu itu..temukanlah Ya Allah...

Friday, February 11, 2011

adakah lagi peluang??

di saat ini aku begitu hiba teringatkan insan yang bernama wan mohd fakrurazi b.mahmud..
dia ialah insan yang selalu sentiasa sokong aku.. aku tahu dia merupakan abang yg sangat caring..namun,setelah dia sudah mempunyai insan istimewa di hati aku seolah-olah dilupakan.. aku membawa haluan dan biarkan dia dengan kehidupan barunya.. membawa rajukku..lama berdiam diri,akhirnya aku meluahkan perasaan terpendam yg aku tidak mahu ada hubungan dengannya walaupun sebagai kawan..mesti kamu pelik kan?? dia merupakan abang angkatku bukan abang kandung..namun, dia menganggap aku dan aku mengaggapnya seperti saudara kandung yg masih ada had dan batas pergaulannya. sejak itu,hubungan kami tidak seperti dahulu. ada juga aku menghubunginya namun jarang dan terbatas.. baru-baru ini dia kehilangan ibu kandungnya.. entah kenapa hati ini begitu sebak dan aku teringin sekali mahu berjumpanya.. sms aku tidak di balas.. apakah aku sudah tiada di hatinya lagi walau sekadar teman?? aku terbaca pesannya supaya "hargailah nialai sesuatu sebelum suha kehilangannya". begitu perit aku membaca ayat tersebut. benar katanya aku begitu teringin seperti dahulu tapi mungkin ia sudah terlambat.. aku teringin sekali bertemu nya walaupun jarak tempatku belajar dan tempatnya cuma setengah jam sahaja..apakah dia tidak mahu menemuiku??
apakah ada lagi peluang untukku kembali seperti dahulu???
"HARGAILAH SESUATU SEBELUM SUHA KEHILANGANNYA"

Thursday, December 30, 2010

bulan 12 di Allaga

annual camp yg penuh makna bagiku..bermula di fasa medan terus ke fasa kem hingga majlis makan malam..
ku cuba melupakan..namun,ia menghantui fikiran..gelaran 'suha guling' memang sesuai untukku agaknya..hahaha
kjer ku asyik kena side roll jer...mgkin tragedi itu yg menyebabkan kamera ku yg rosak tidak lagi dapat digunakan....terlau banyak kenangan pahit yg ingin aku lupakan.. yg pasti ia akan terus dalam ingatan orang lain untuk tahun depan..itu yg pasti..kenangan dgn flait Fairoz mmg menyakitkan hati namun,aku pasti itu pengalaman yg paling berharga buat aku... mungkin dia cuba menguji mental ku...aku cuba menahannya akhirnya air mata ini berderai jua..apakah aku ini seorang yg cepat gabra..padahal aku sentiasa berpura tenang..
penghujung annual camp pula aku dikhabarkan berita kematian abah...separuh gila dibuatnyer bila tiba di rumah abah masih ada..aku diam tidak terkata..gara-gara kakak ku menaip msj terlampau..aku nk menangis,tergelak...malu aku dgn nik zulkri..dgn abe zikri dan amira...lauk yg sepatutnya kambing panggang hanya disajikan daging goreng oleh kakakku...nasuha oh nasuha...aku mengambil keputusan pulang semula ke uum walaupun nik melarangku kerana membuang waktu..dia menyuruhku blk sem depan sahaja... aku  tetap berdegil pulang uum tanpa pengetahuan mereka..setibanya di uum ramai yg memerli ku..aku menahan malu
yg teramat..mcmmn boleh misunderstanding nie...aku terima dgn hati yg terbuka walaupun malu dgn reaksi mereka..semoga tahun hadapan membawa seribu erti buat aku dan teman-teman... Amin...:)