Monday, November 22, 2010

sentuhan hati...

apa yang aku mahu ceritakan topik nie ek...dua lelaki selain dari family ku yang berjaya membuat aku mmenitis air mata...mungkin dorongan mereka yang membuat aku tersentuh...
insan yang pertama ialah tengku dhiyauddin..dia support aku supaya melupakan cinta yg tidak berbalas...ternyata dirinya benar...teresak-esak aku membaca nasihatnya..aku menerima nasihatnya walaupun hatiku meronta-ronta supaya tidak melupakannya...beberapa bulan selepas itu dia berpaling kasih pada yang lain...mungkin tiada jodoh..dan dia bukan takdirku...aku cuma mampu doakan dia bahagia sehingga ke akhirnya....
 insan kedua ialah fairuz..mungkin dia pernah menjadi orang yang kusayang..mungkin sebab itulah kata-kata nya menjadi pendorong dan membuat hatiku menangis...sewaktu aku hilang semangat untuk meneruskan larian dia menyuruhku memberikan bag pack pada junior lelaki...aku yang begitu keras hati tetapp berdegil untuk membawa bag pack sampai ke puncak TNC...masih terngiang-ngiang suaranya menyuruhku memberikan bag pack pada budak junior..ada sedikit tegas pada nadanya mungkin kasihan melihatku yang tidak larat...namun pada akhirnya terpaksa berputus asa menyuruhku melakukan demikian.....oppa,aku sayang kamu..kamu itu abangku ya!!!thanks bagi semangat...
~~huhuhu~~

Sunday, November 14, 2010

tidak ku sanggup

tiba-tiba di waktu ini mengingatkan aku di saat mulanya aku mendapat tawaran memasuki universiti..
Aku sudah menyemak tawaran tersebut secara online namun hatiku tidak ketahuan bagaimana harus ku memberitahu dia.. ahhh... kupendam.. biarlah aku di sini.. bekerja.. apabila aku mendapat tahu yang aku diterima masuk hatiku sangat gugup berbanding orang lain..beberapa hari selepas itu sesudah aku solat zohor,ma memberikan aku surat tawaran..  tidak tergambar bagaimana wajahnya ketika itu.. excited+risau sebab dia tertanya-tanya kenapalah lambat diberitahu... kalau tahu lebih awal bolehlah dia usahakan duit nk masuk universiti.. dan aku pula hanya memendam pertanyaan samada betulkah apa yang aku lakukan sebelum ini iaitu menyembunyikan hal yang sebenar dari pengatahuan dia...aku kelu...hatiku berkata bahawa aku tidak kisah andai ma tidak dapat usahakan duit yuran dan aku bekerja sahaja..yang aku tahu,aku boleh survive walaupun tidak masuk universiti..hari berikutnya ma pulang ke kampung halaman tidak berapa jauh dari rumahku..mungkin 20 minit sahaja..puas ma memujuk allayarhamah mek yakni nenekku untuk meminjam duit..agak lucu juga cadangan ibu saudaraku c.sue menyuruh ma membuat muka kesian bila nk blk..hari itu aku tidak ikut sekali namun aku dapat bayangkan bagaimana perasaan ma merayu pada ibunya sendiri untuk masa depan anaknya. mungkin aku ini antara anak yang boleh dikatakan berjaya berbanding adik beradik yang lain...pada waktu itu juga ahli keluarga sebelah bapa saudaraku tidak bersetuju supaya aku meneruskan pelajaran namun ma tetap pertahankan..ahh..andai aku turut berada di situ aku dapat bayangkan kebencian aku pada p.ngah yang streotaip..mungkin pada waktu itu juga aku akan berlari pulang ditemani airmata walaupun perjalanan sejauh 5 km kutempuh...ma pulang dengan seribu harapan yang tinggi. aku bersyukur Ya Tuhan punyai ma sepertinya..hutang mek dilangsai sedikit demi sedikit oleh abangku yang hanya bekerja sebagai p.guard sahaja..mungkin dia sanggup menahan lapar untuk melangsaikan hutang sedikit demi sedikit..mana tidaknya, umur semakin meningkat bukannya saving untuk bakal keluarganya kelak namun memberi duit gajinya kepadaku, dihantar ke kampung, dan selebihnya untuk bayar hutang..apalah nak diharap hasil wang abah yang tidak seberapa..kerja pun tidak tentu...terima kasih buat abe jea yang banyak membantu.. Ya Allah semoga insan ini sentiasa diberkati dan berpayung di jalanmu Ya Allah..lindungilah dirinya sebagai mana Engkau menjagaku...hari ini hampir 3 tahun aku berada di universiti dan pertahankan hak aku demi keluargaku..semoga aku dapat menghabiskannya..insyaAllah..