Saturday, February 26, 2011

duhai hati

aku sebenarnya tidak tahu apa yang mahu ditulis dalam post ini.. namun yang pasti, hatiku diluka lagi..hatiku merintih..tetapi air mata tidak dapat menjadi saksi atas luka ku ini..terlalu sakit..aku tidak mampu menangis.. apakah aku ini sudah jatuh cinta?? tidak pernah aku rasakan perasaan sebegini rupa sebelum ini.. mungkin sebelum ini aku menyukai lelaki kerana rupa.. asal ada pakej jer sudah cukup.. ini belainan sekali dengan si dia.. aku akui, kali pertama dan terakhir aku menyukai sedemikian pada insan yang bernama Ahmad Aliff Asri.. tapi itu cinta monyet.. cinta yang mungkin sekadar permainan sahaja.. dan aku tidak mungkin akan bertemu lagi dengan cinta itu.. kerna dia terlebih dahulu melupakan cinta tersebut.. hatiku hancur apabila mendapat tahu dia membuat masalah di sekolah teknikal selepas form 3. patah hatiku.. back to the title, cinta yang aku rasai sekarang sangat pelik.. setelah aku mengenalinya 2 tahun lebih, tahun lepas, aku dan dia mula rapat. kami selalu bersukan bersama-sama.. pada masa itu aku cuma menganggapnya sebagai kawan sahaja.. kerna aku memang suka giler kt orang lain.. hari demi hari berlalu, hubungan kami seperti selalu.. seorang kawan.. aku pun tidak pasti apa perasaannya terhadapku.. kerna waktu itu aku buta menilai cintanya.. masih aku ingat hari raya tahun lepas, aku menghantar mesej raya padanya.. aku pun tidak tahu bagaimana isu m.we dan p.we boleh timbul.. yamg pasti aku menyatakan yang aku tidak mahu komitmen dlm percintaan.. dan dia juga menyatakan pandangan yang sama kenapa dia tidak mempunyai pacar.. namun, selepas itu, aku menerima gosip yang dia selalu keluar dengan seseorang.. seseorang yang aku sendiri kenal.. kerna dia juga sahabatku..satu skuad aku dan dia.. dan gurl itu aku sudah tahu bagaimana perangainya.. dia tidak boleh hidup tanpa lelaki yang dekat dengannya..selalu ada masalah dgn cowoknya..dan bila cowoknya itu sudah habis belajar,mungkin dia tidak lagi menyukai orang itu dan mencari yang lain.. dan mangsa seterusnya adalah lelaki itu.. lelaki yang telah buat aku tahu "aku wanita normal"..wanita yang normal seperti orang lain..kalau lah aku nie jahat,busuk hati..da lama aku gtaw budak laki nie yg gurl nie mcmn....atau mungkin dia da tahu mcmn perangai gurl nie..
sedar tak sedar gurl nie break ngan cowok dia time cowok tu datang cni anta report praktikum...bukannya aku xkenal cowok tu..aku da lama kenal..dia sayang gila kt gurl nie..aper lagi..makin rapat la dia ngan gurl nie lepas putus ngan cowoknya itu....pastu deyorang kapel kot..even sembunyikan hal tersebut dr ktaowg,skuadnya..tapi ktaowg tahu ler..time b4 annual camp ai tu aku ada jumpa skuad kami..aku tanya dia yang budak laki tu siyes ker ngan gurl nie...pastu jawapan dia memang aku sendiri tak sangka dia ckp budak laki tu suka kt aku...arrggghh....apa aku nk jawab nie...aku dengan cover nyer cuba mengelak dari menjawab kenyataan tersebut..."sengal"..itu la respon ku.. bila time annual camp tiba,gurl nie asyik berkepit jer ngan budak laki nie...issshhhh..menyampah...even pada luaran aku cuba buat-buat normal, namun dalam nya aku geram..aku menyampah..aku menyumpah...bukankah dia xnak kapel..xnk terlibat ngan ngan gejala tu...tak nak komitmen dengan cinta...arrggghhh...sakit hati jer...lelaki takkan nak menolak wanita yang merayu, yang terkulai layu depannya...dia pakai main ngapp jer la...xkan nk buang peluang yang ada depan mata...lepas annual camp,lepas tragedi misunderstanding aku kembali ke uum untuk men "settle" kan benda yang terbelangkai sebelum berangkat ke penang dan n.sembilan...dalam perjalanan pulang ke kelantan, dari nilai hatiku,mindaku membuak-buak marah pada lelaki tersebut..ingin sahaja aku menumbuk mukanya..geram...sampai hati dia buat aku begitu..aku benci dia..aku benci....teringin sahaja aku tumbuk orang di sebelah seat ku...issshhhh...lantas aku sms tengku..aku ingin menangis di bahunya...aku tahu itu tidak mungkin terjadi..itu salah di sisi agama..tapi itu sahaja dapat melegakan hatiku yg membuak-buak geramnyer..tengku juga tahu bahawa aku mempunyai masalah..masakan tidak sehingga aku menyatakan aku ingin menangis di bahu nya..dia membalas "suha okey??"dia menyuruhku tidur dan jangan fikir lagi masalah itu walaupun dia sendiri tidak tahu apakah sebenarnya terjadi kepadaku...sehinggakan dia bertanya "nak tengku call ker" apabila mesejku lambat sampai dlm inbox nyer..mungkin masalah line. aku bukan sengaja mahu bertenggek di bahu tengku walaupun it just an imagination..sudah ku mesej pd sahabat baikku yg lain yang tidak mengenali lelaki itu..supaya aku bisa meluahkan segalanya terbuku di hati...yang pasti kalau aku memberitahu lulu chan dia pasti pelik dan aneh...sejak bila aku boleh jatuh hati skuad kami sendiri...berbalik pada tengku..tengku sudah ku cop sebagai mr.solution ku..doktor aku..my best fwens... even aku tak sihat pun dia sering menasihati aku..banyak minum air...makan ubat..kalau aku nervous nk p wat lesen pun dia selalu nasihat..jgn takut la..macam3...seriously he is one of my best fwens ever..even he never tell about his problems..tengku betul..aku tertidur dan namun apabila aku terjaga aku masih sedih dan teringat hal tersebut..masuk sem baru, aku berazam tidak mahu berjumpa dengan lelaki tersebut..melainkan hal-hal taraining..aku tahu, bila kami bersua aku jadi pendiam,tak aktif..aku tidak pasti apakah dia sedar namun aku yakin dia juga perasan dengan sikap ku...Iya!!!aku cuba menjauhkan diri..full stop. aku mendapat tahu yang dia dan gurl tu sudah berjanji untuk tidak lagi menghubungi nyer.. dalam hati aku sangat puas hati...yes..akhirnya...aku akan cuba masuk line..namun, setelah training bermula janji tinggal janji.. mereka masih menghubungi each other..aku benci..dan bermula dari itu,aku cuba menghindar..cuba melupakan perasaan aku...aku bersyukur..aku masih wanita normal kerana sudah jatuh hati..Yes!! namun,aku cuba melupakan cinta tersebut..aku tahu walau aku menyukai lelaki lain, aku pasti akan menolak kerna aku tidak mencintainya..cinta oohhh cinta..Ya Allah,jauhkan lah perasaan aku padanya jika dia bukan jodoh ku.. andai dia itu jodohku,tautkan lah hati kami dan tingkatkan lah iman kami..jagalah diri kami..janganlah benarkan hati kami mencintai lebih daripada mencintaiMu...biarkan dasar alQuran & as-sunnah menerangi hidup kami...=)

Tuesday, February 15, 2011

rindunyer....

aku teringin benar untuk pulang ke kampung setelah sekian lama.. rindu benar aku pada masakan ma..huhu~~
yummy..yummy...mee rebus yang paling 
syok giler aku pena makan...sampai menangis-nangis..
ada berani????
yummy..yummy..orang kata masakan ibu adalah paling enak, best di alam semesta ini.. mungkin seorang ibu itu memasak dengan penuh rasa kasih dan sayang kot.. padahal masakannya biasa-biasa sajer.. air tangan itu membawa seorang anak pulang ke kampung.. mungkin kerna rindu benar masakan ibunya.. berselera benar si anak menjamu.. pada ketika itu, tiada perasaan yang sangat bahagia selain melihat si anak menghabiskan makanan sehingga menjilat jari.. biarlah dia tidak makan, sudah cukup melihat si anak yang penuh berselera membuatkan si ibu ini kenyang..kasih ibu membawa ke syurga.. apakah si anak ini sanggup meninggalkan ibunya untuk meneruskan impiannya?? sanggupkah?meningalkan si ibu yg bersendirian di kampung?? sedangkan di waktu kecil, dia tidak begitu tega melihat kita keseorangan.. dibawanya kita ke situ, ke sini..menggendong anak kecil yang masih tidak tahu erti hidup yg sebenar.. sedang kita tergamak meninggalkannya.. kenapa tidak kita membuat pengorbanan dengan pulang kerja di kampung. tinggal bersama ibu dann ayah. susahkah?? apakah di kampung itu tidak ada kemudahan?? kalau bukan kita anak muda yang menjadi tonggak memajukan kampung halaman sendiri. siapa??

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul...

indahnya akhlakmu Ya Rasulullah...
asslamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. salam maulidurrasul buat semua...alhamdulillah aku masih bernafas di saat ini..masih merasai suasana ini... tapi aku tertanya-tanya pada diri di manakah perasaan cinta dan kasih pada Rasulullah S.A.W.. teringin benar aku menemuinya..melihat wajahnya..seraut wajah yang penuh dengan cahaya... memandang wajahnya tanpa jemu...rindu benar aku pada wajahnya itu..Ya Allah..temukan aku pada penghuni syurga yang setia..jadikanlah aku sebahagian dalam kehidupannya di syurga nanti..memadailah kalau dapat melihat wajahnya sekelip mata sahaja.. wajah yang penuh pengorbanan..wajah yang penuh kasih dan sayang.. temukanlah aku dengan kekasihMu itu..temukanlah Ya Allah...

Friday, February 11, 2011

adakah lagi peluang??

di saat ini aku begitu hiba teringatkan insan yang bernama wan mohd fakrurazi b.mahmud..
dia ialah insan yang selalu sentiasa sokong aku.. aku tahu dia merupakan abang yg sangat caring..namun,setelah dia sudah mempunyai insan istimewa di hati aku seolah-olah dilupakan.. aku membawa haluan dan biarkan dia dengan kehidupan barunya.. membawa rajukku..lama berdiam diri,akhirnya aku meluahkan perasaan terpendam yg aku tidak mahu ada hubungan dengannya walaupun sebagai kawan..mesti kamu pelik kan?? dia merupakan abang angkatku bukan abang kandung..namun, dia menganggap aku dan aku mengaggapnya seperti saudara kandung yg masih ada had dan batas pergaulannya. sejak itu,hubungan kami tidak seperti dahulu. ada juga aku menghubunginya namun jarang dan terbatas.. baru-baru ini dia kehilangan ibu kandungnya.. entah kenapa hati ini begitu sebak dan aku teringin sekali mahu berjumpanya.. sms aku tidak di balas.. apakah aku sudah tiada di hatinya lagi walau sekadar teman?? aku terbaca pesannya supaya "hargailah nialai sesuatu sebelum suha kehilangannya". begitu perit aku membaca ayat tersebut. benar katanya aku begitu teringin seperti dahulu tapi mungkin ia sudah terlambat.. aku teringin sekali bertemu nya walaupun jarak tempatku belajar dan tempatnya cuma setengah jam sahaja..apakah dia tidak mahu menemuiku??
apakah ada lagi peluang untukku kembali seperti dahulu???
"HARGAILAH SESUATU SEBELUM SUHA KEHILANGANNYA"